Monday 10 January 2011

TIPS MENCUCI HATI..


Segala aspek kehidupan bermula daripada
hati. Oleh itu, cik diela nak berkongsi sedikit beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.



1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan, "Ya Allah, jadikan hatiku bersih".

2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat Taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati, ia juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah Surah Al-Ahad sebanyak 3 kali.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan anda.

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya... (perkara yang elok2 belaka)"

7) Program minda atau cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati, "Ya Allah, cuci otak aku, cuti hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif dan lain-lain."
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Sekiranya dalam berpuasa, hinda dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati. ( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa).

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah.

12) Belanja orang makan. ( Jgn la selalu. huhu. Kalau tak mampu, biarkan saja )

13) Jaga makanan. Jangan makan makanan yang subhat.

14) Berkawan dengan ulama. ( Kalau tak dapat pon,berkwn dgn orang yang berilmu )

15) Berkawan dengan orang miskin. ( Untuk tujuan meinsafi )

16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pancaindera. ( Mata, telinga, mulut, dll ) Contoh: Jangan dengar orang mengumpat.


Sumber: Buku catatan cik diela zaman sekolah dulu. hoho~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)