Sunday 13 March 2011

Di Manakah Penghujungya?




Cinta jarak jauh banyak cabaran nya. Namun, jika kita tabah menghadapinya mungkin kita akan berjaya merealisasikan cinta ini. Cinta jenis ini perlukan banyak pengorbanan, kesabaran, dan kepercayaan. Tapi adakah aku sanggup untuk melalui nya.

Cakap memang senang. Nak melakukannya sukar. Tapi ada yg berkata, jika kita betul2 mencintai sesorang itu, kita akan sanggup buat ape sahaja untuk si dia. Kesetian menjadi kunci sebuah hubungan.

Adakah aku masih belum mengenal apakah cinta? Adakah aku benar2 mencintainya? Aku keliru. Orang kata, perjalanan masih jauh lagi. Tapi kita tak tahu bila ajal kita. Kita bukan hidup untuk selamanya. Bumi pun semakin tua dan tua. Aku khuatir akan masa depan hidup dan cintaku ini.

Dimanakah penghujungnya cinta ini? Benarkah kau mencintai aku? Jika benar, tolong jgn tinggalkan aku. Tapi jika itu membuatkan kau bahagia, aku terpaksa relakannya. Demi kebahagiaan kau. Jika kau bahagia, aku turut bahagia. Walaupun hatiku terhiris pilu melihatnya. Kan aku simpan semua kenangan kita.

Jika aku sanggup menunggu kau, sanggupkah kau menunggu ku? Tapi aku sendiri tidak pasti aku sanggup atau tidak. Ini kerana hidup ini banyak dugaan. Macam2 boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Yang penting kita perlu berusaha untuk mencapai kebahagian ini.

Aku bukan nak kawal hidup kau. Aku bukan nak konkong kau. Tapi kerana aku terlalu sayangkan kau. Dan aku takut kehilangan kau. Jika diikutkan hati akan ku cantas bunga2 yg mengganggumu. Aku ingin kau manjadi milik aku seorang. Dan aku milikmu seorang. Walaupun aku tahu, tidak adil untuk aku melakukan begitu. Kerna aku masih belum sah menjadi milik mu dan kau juga belum sah lagi milikku.

Maafkan aku wahai sayang. Aku ingin sekali bersamamu selalu. Tapi keadaan kita memisahkan kita.
Dimanakah penghujungnya kisah kita ini?
Aku berharap dan terus berharap demi kehidupan yang belum pasti.

Jiwang laks cik diela ni. Jgn gelak ye. hehe

Sunday 6 March 2011

Contest JANGAN Pandang Kamera!!



Kali ini cik diela nak join contest ni pulaks. Dah bosan la katekan. hehe.
Contest ini dianjurkan oleh cik blogger ini, klik SINI utk terus ke link beliau.

Syarat-Syarat :

1. Jadi FOLLOWER blog BELIAU .

2. Buat entry dengan tajuk contest----> JANGAN pandang camera!!!

3. Pilih 1 GAMBAR sahaja. tak kisah la gambar sorang2 @ ramai2..gambar candid ke atau gmbr dari tepi@belakang ke...boley jer...yang penting JANGAN pandang camera okeyhhh!!! Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.

4.Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii...

5. TAG sekurang-kurangnya 3 orang blogger (lebih lagi digalakkan) dan pastikan mereka tahu.

6. Tinggalkan LINK entry penyertaan anda pada bahagian comment entry beliau.


Unik gak Contest ini, so cik diela pun join lah. Cik diela pertaruhkan gambar ini:




Ini gambar mase cik diela form 6 dulu. Mase ni budak2 kelas cik diela tengah tulis isi2 esei kat whiteboard. Candid ohh.


Ok lah Cik Diela nak tag:

-amalina
-opah
-shikeen
-pada rakan2 taulan yg membace ^^


Tarikh Tutup : 29/4/2011(jumaat)

Wednesday 2 March 2011

APELA NASIB ASYIK KALAH JER.

Semenjak kerja ni cik diela jarang online. Ni cik diela online pun sebab esok cuti. yeahhh~

Tapi semenjak kerja ni, bile main je pool live kat facebook tuh, asyik kalah je.. Wuwuwu. Agaknye, skill dah tak de kot. wuwu.



Sesiapa ada petua tak macam mana nak menang je?? huhu. Mule2 dulu terer la gak, tapi dah berkarat dah cue cik diela. wuwu. Sedih2~ sob3~

Aritu dah level 3 dah, tapi skang dah turun ke level 2 laks. ishh. Asyik2 kalah sebab termasuk bola hitam. Sob3~ :(

Cik diela suke oh main game ni, tapi bile dah asyik kalah ni rase macam geram je. Huhu.

Kepada sesiapa yang belum cuba game ni boleh la masuk ke link ni:

DIELA POOL LIVE

haha, siap ade name cik diela laks. :p

Nanti korang agak2 dah sedap main tuh, boleh la invite cik diela lawan dengan korang ye. Kite fight! haha. Before that kena la add FB cik diela dulu. Kalau tak camne nak invite, ye tak? huhu. Tapi kalau korang dah terer giler tak payah la. Nantik cik diela laks kalah je. wuwu.

Bile pulaks cik diela nak main pool betul2 ye? I mean in real life like this:



hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)