Monday 17 October 2011

Lalat adalah MUSUH ku!

Dah masuk 2 bulan cik diela tak post entry. Maaf la, sejak akhir2 ni cik diela tak bersemangat nak menaip. Entry raya pon takde buat. Tak pelah, biarlah. Takde siapa nak baca blog cik diela ni. (hampa)

Kali ni cik diela nak bercerita pasal LALAT or Flies (terbang :p). Di tempat cik diela kerja banyak lalat. Pelikk.. Tempat cik diela kerja bukannye kedai makan padahal stesen minyak kot. Dalam aircond pon ade lalat. Ishh. (dia pon nak sejuk kot). Orang keluar masuk kedai, lalat pon sibuk keluar masuk gak. Mencikkk!!


(lalat main piano. cehh)



Selalu ade kat kaunter lak tuh. Tak selesa dibuatnye. Pada suatu hari, ade sorang insan bergelar lelaki membayar minuman yg dibeli pada cik diela. Lalat bertebangan di depan mata. Lalu si dia bertanya, "tak mandi eh?" Grrr.. @^&*&^%*&@!! :@
Cik diela buat muke marah. Terus berlari mamat hensem tuh. (dongeng je :p). Dia pon gelak2. Ciss! Jatuh maruah cik diela gara2 lalat2 tersebut.

Ntah mane datang nye lalat2 tu. Kadang2 banyak, kadang2 sikit. Dah macam pasar dibuatnye. Sabor jelaa...

[Kena letak lampu lalat yg ade letrik tu satu mcm kat kdai makan] :l


Saturday 20 August 2011

Bila Bosan, Snap Pucca, eh, Picture. :p

Pada entry yang lepas cik diela ade cerita kan yg bulan puasa ni pelanggan agak kurang kan. Maka kebosanan akan melanda. Apabila kebosanan melanda, ini lah jadinya:

*pic removed huhu


Bosan laa. Cik diela pon pergi la keluar jalan2 (pergi toilet je kot), huhu. Tgk line clear, ha, cik diela pon snap la gmbar. hoho.

Haih, ramai sungguh kaum lelaki yg berbangsa melayu yg tak berpuasa cik diela perhatikan. Pagi2 dah beli air livita, redbull, roti dan sebagainya. Cik diela tak tuduh semua la, kemungkinan dia beli kan utk org lain. Tapi ade yg terang2 memang mkanan tu utk dia. Ish3.

Macam ta sangka je lg beberapa hari je nak raya. Sebenarnya cik diela risau pelanggan mesti ramai dah nak raya nanti. Takot tak menang tangan nanti. Tapi komisyen tinggi lah kot. Cuti raya pon dapat 2 hari je kot. Ish3. Nasib baik keje 8jam je. Petang tu ade mase lagi mau raya, huhu.

Sekian, Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya Aidilfitri :D

Monday 8 August 2011

Ragam Di Bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa :D

Entry 1st dlm bulan ramadhan tahun ini. Hoho~

Selamat berpuasa you all semua yo. Bila masuk je bulan puasa, mula lah semangat nak mengecat bagai. hoho. Tapi bila nak pergi kerja rase kurang bersemangat je. Ini disebabkan kebosanan yg melanda ketika bekerja ekoran 'ketidakramaian' org yg datang ke petronas. Hoho.

Antara sebab2 kurangnya pelanggan mungkin kerana:

:: malas nak berjalan di bulan puasa nak save duit minyak utk raya nanti. hoho ::

:: terlalu penat untuk berjalan2. ::

:: puasa lah ta kan na beli makanan or minuman kat kedai mesra pagi2 kot ::

:: ramainya pelanggan Muslim yg hadir sebelum ini, dan hanya segelintir shj dan pelanggan yg bukan Islam shj yg ada ::

:: tak de cuti ::

Demikian lah andaian cik diela terhadap isu kekurangan pelanggan di bulan puasa ini. Huhu.

Tapi masih ada juga pelanggan Muslim, Lelaki, Melayu membeli air dan roti di pagi dan tengah hari. Mungkin utk bini dia kot. Tak pon utk berbuka nanti, takot tak sempat nak beli. huk2. Beli 1 barang pon nak plastik? Ish3. (Kurangkan penggunaan plastik, selamatkan bumi kita, cewahh)

Ada juga yg berterus terang, "Sorry ye kak. Pagi tadi tak sempat nak sahur. Nak jalan jauh ni.." kata seorang lelaki yg membeli air 7up yg menunggang motosikal bersama rakannya. Ish3.


Monday 1 August 2011

Jalan2 Di Pengkalan Balak, Melaka~



Minggu lepas cik diela pergi ke pantai Pengkalan Balak, Melaka atau namanya Padang Kemunting. Dah lama tak pergi. Mase kecik dulu selalu laa. Kali ini 1st time wo cik diela pergi drive sendiri. Cik diela pergi dgn 'ehem2'. huhu.

Sebelum pergi tu cik diela siap kaji kat google map oh, utk menghindar dari sesat. Hoho. Dalam tu dia tulis amik masa 30 minit perjalanan. Tapi masa cik diela pergi amik masa tak sampai la 30 minit kot. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.



Sampai2 je disana dalam pukul 2lbh laa. Cuaca agak panas dan keadaan di sana agak mengecewakan. Tak banyak kedai makan yg buka, orang pon tak ramai. Mungkin kerana hari biasa memang tak ramai org lah.

Cik diela pon sempatlah bergambar sedikit di sana. Hoho~









SEKIAN~ (^_^)

Tuesday 19 July 2011

Kenapa ye ramai yg salah sangka?

Sabtu lepas selesai sudah kenduri tahlil dan menyambut puasa di rumah cik diela. Ini semua plan pakcik cik diela yg ingin mengumpulkan saudara mara di rumah cik diela. Majlisnya walaupun simple tp agak meriah kerana ramai saudara mara yg hadir.

Sebelum berlansungnya kenduri tersebut sudah tentu la kena menjemputkan. Ramai yg bertanya, "Eh, anak kamu ni (cik diela) nak bertunang ke?" Ishh, cepat2 cik diela menggeleng kepala. Ayooo, lambat lg laa mkcik. Wuwu. Bila dtg je rumah ade yg kecoh2, cakap dgn cik diela, "Mana calonnya?" ish3. Orang yg kenal cik diela kat tempat kerja ada lalu depan umah cik diela pon cakap camni, "Kenduri terima cincin ke?" Ayoyoo~ Apela diorang ni..

Cik diela belum nak bertunang lagi laa. Lambat lagi. Banyak lagi perkara belum tercapai. Biarlah semuanya selesai. (Tp ada gak terasa mcm ta sabar. Hoho) Ishh, ngarut je. Huhu.

Antara menu masa kenduri aritu ialah sate. Nyum2~ Pakcik cik diela buat sendiri yo.





Sekian :D

Tuesday 12 July 2011

Pelik tapi benar.

Tadi.. Cik diela pergi ke kedai membeli barang2 dapur. Cewahhh. Tapi cik diela pergi petang, ikan2 dan sayur mayur telah habiss.. Ini semua disebabkan cik diela bekerja di pagi hari dan pulang pada petang hari. Ish3.

Abaikan cerita di atas. Sebagai mukadimah sahaja. Huu. Apa yg PELIK nyer ialah.. Cik diela ternampak ade beberapa ekor burung (burung merbok kot, kurang pasti lah, huu)hinggap di atas sangkar burung tp tak bertutup, haiih, tak tahu nak explain camne. Camni ha..

*pic broken. :(


Tapi..burung2 tersebut tidak lari (terbang) ke mana2? Mungkin ini spesis yg jinak kot.. Yela, mungkin jugak sebab di situ lah sumber makanan mereka, so mereka akan kembali berehat di situ setelah penat terbang ke sana sini. Huhu. Memandai je cik diela nih. Hee.







P/S: kenapa ye semenjak2 ni ramai pulaks orang korea/jepun datang ke kedai mesra tempat cik diela bekerja...hmmm~

Tuesday 5 July 2011

ESOK CUTI!


tengok tu? Lompat ta reti nak sopan. Ish3. Ape daa.

Esok cuti kena bawak ayah pergi medical check up kat hospital melaka. So, cik diela lah driver nye. Uhuk2.



Sekian, dah ta tahu na taip ape. Hoho~

Wednesday 29 June 2011

SELSEMA

SELSEMA!!!
Arini cik diela selsema. Dah lah kerja plaks tuh. Rase cam tak bersemangat je kerja. Asyik bersin je. haihh. Arini customer tak ramai. Sangat bosan oh. Sampai tak tahu nak watpe and tak sabar nak balik rumah je. huhu. Asyik2 tgk jam kat punch card tuh. Seminit bagaikan sejam. Hoho.

Semalam cik diela cuti. Dah janji dgn kawan nak keluar. Temankan dia beli barang. Dahlah selsema. Tapi ku tempuhi jua demimu kawan. Ahaks! Ini video webcam yg sempat cik diela rakam kan. hehe.



Semangat kan budak tuh. Umur dia setahun sudaa. Namanya Ellisa Irdina :)

Sekian :D

Saturday 25 June 2011

KEPINGIN JADI BLOGGER FAMOUS! tapi....

KEPINGIN JADI BLOGGER FAMOUS! tapi.... cik diela sedar belog ini tak sebesttt blok mereka2 seperti blog BEN ASHAARI, YUYU ZULAIKHA, CIK EPAL, dan lain2.. (tak perlu taip korang mesti tahu lah)

Cik diela sedar untuk menjadi blogger yg famous perlu rajin update blog dan mempunyai content yg menarik utk dibaca dan diikuti dan banyak lagi. Cik diela rase dah setahun kot cik diela buat blog nih. Tapi masih mundur. Uhuk2.

Antara masalah yg dihadapi cik diela utk mengecapi cita2 tersebut ialah:

1. MALAS
2. MALAS
3. SIBUK KERJA
4. PENAT BILE BALIK KERJA
5. TAK DE MOOD
6. TAK DE IDEA

Haihhh, mcm2 alasan kan.. Come on cik diela. Kalau nak blog famous tak boleh laa camtuh. huhu. Tak pe lahh, kalau cik diela dah mula rase rajin, tggu laaa.. Lihatlah dunia kemunculan cik diela! yeahhh~ hahaha.


Tuesday 31 May 2011

KUCING YG AMAT GEDIX!

Merujuk TITLE di atas. Cik diela nak cecite sikit pasal kucing cik diela yg bernama MR. ASH.



MR. ASH ni kalau nak minum air mesti nak minum kat dalam bilik air je. Kite kena la ambil air guna gayung bagi dia. Tapi emak cik diela marah nanti kotor la gayung tuh. Kitorang pon sedia kan la 1 bekas khas untuk dia minum dah siap2 isi air lagi tuh.
Supaya MR. ASH tak menjerit2 panggil kitorang bila dia nak minum, huhu.




Tapi semalam ntah nape mengade sgt MR. ASH, Dia tak nak minum air dari bekas tuh. Nak jugak minum air dari gayung. Cik diela siap tukar la air dalam bekas dia depan mata dia, tu pon tak nak gak. Letak la gayung dgn bekas depan dia. Then dia pilih air dari gayung tu jgak. ish3. Mengade sungguh.. Nak air bersih je. Agaknye kalau dia boleh cakap, mesti dia nak air tu kena masak sekali. huhu.

Monday 16 May 2011

Photoshoot by Qiqi Yukin

Aritu cik diela ber'photoshoot' dgn sorang adik comey ni.. QIQI YUKIN :)

Pada mulanya cuaca nak hujan, tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sekejap. Ini antara hasil nya :D



*pic removed


*pic removed




*pic removed





*pic removed




Balik tu kami pon menjamu selera di PIZZA HUTT bersama kawan2 ku :D



Sekian,terima kasih~ :)

Thursday 21 April 2011

PANAS! HATI PANAS! CUACA PANAS!

Kepada penduduk2 Malaysia, adakah kalian semua mengalami keadaaan seperti cik diela rasakan ini??

Bukannya HATI PANAS tapi CUACA YANG PANAS.

Bumi semakin panas. Hari ini bahang nya amat terasa.



Hari ini cik diela cuti. Cik diela cuti seminggu sekali. Yela2, hari2 kerja pon bosan gak an. Pagi tadi pergi ke kedai membeli ikan, sayur dan peralatan dapur. Kalau kerja, mesti dah petang beli ikan. Ikan pon dah habis. Sayur laks dah tak segar lagi. huhu.

Eh, ape cite pasal ikan, sayur nih.Huhu. Haa, ni pasal hati yang panas pulaks.



Ni cik diela nak CECITE sikit pasal kerja cik diela.
Aritu kan adela sorang customer ni mcm pakcik2 lar. Dia bayar kat kaunter sebelah. Cik diela tgk jela. Cik diela senyum2 je. Dah dia asyik terpandang2. Pastu dia tanya cik diela. "Sekolah lagi ke?" Cik diela geleng kepala. "Ohh, dah berhenti sekolah ye?" Cik diela senyum je.

Masa tuh cik diela blur skit and tak de mood nak bercakap. Tiba2 cik diela tersedar dari lamunan. Lalu hati cik diela berkata2:
APA BERHENTI SEKOLAH?? HELLO PAKCIK!! SAYA DAH HABIS SEKOLAH LAH. UMUR PON DAH 20 TAW! GRRR!!

Haihh, mentang2 la badan cik diela ni kecik molek cam budak sekolah. Dia sangka kan kita budak sekolah lagi. Lain kai nak je pakai TAG NAMA siap dengan NO I/C. huhu.


*pic removed

Macam nie. hehe

Friday 1 April 2011

ORANG CAKAP ELOK2, DIA KUANG AJAR PULAK.

Kerja bertemu dengan pelanggan banyak menguji kesabaran cik diela.

Muke sabar + Mesra. hehe

*pic removed


Pada suatu hari, rasenya hari2 kot.

Situasi: Pelanggan agak ramai.

Cik Diela: Selamat datang encik.

Pakcik yg tak reti sabar: DIESEL RM50!!

Cik Diela: Kereta yang mana encik?

Pakcik yg tak reti sabar: KAT MANA LAGI DIESEL, KAT LUAR TU LAH.
(sambil menunjuk keretanya)

Cik Diela: ....... (pergi mensetkan mnyak dan swipe kad mesra dan pulangkan kad dan malas mengucapkan terima kasih, hati sakit!)

Pakcik yg tak reti sabar: PAM BERAPA?

Cik Diela: (ai, tahu pon tanya.) PAM SEMBILAN!! (dgn nada yg agak geram) huh!


Perhh, bikin panas je pakcik ni. Arini pon ade gak orang mcm tu. Kalau hari2 ada org2 camtu, takot meletus laks gunung berapi. huhh~

Walauapapun ini semua menguji kesabaran cik diela. Tak pe diela, sabar itu separuh daripada iman.

Senyum selalu :) Mesra~hehe

Sunday 13 March 2011

Di Manakah Penghujungya?




Cinta jarak jauh banyak cabaran nya. Namun, jika kita tabah menghadapinya mungkin kita akan berjaya merealisasikan cinta ini. Cinta jenis ini perlukan banyak pengorbanan, kesabaran, dan kepercayaan. Tapi adakah aku sanggup untuk melalui nya.

Cakap memang senang. Nak melakukannya sukar. Tapi ada yg berkata, jika kita betul2 mencintai sesorang itu, kita akan sanggup buat ape sahaja untuk si dia. Kesetian menjadi kunci sebuah hubungan.

Adakah aku masih belum mengenal apakah cinta? Adakah aku benar2 mencintainya? Aku keliru. Orang kata, perjalanan masih jauh lagi. Tapi kita tak tahu bila ajal kita. Kita bukan hidup untuk selamanya. Bumi pun semakin tua dan tua. Aku khuatir akan masa depan hidup dan cintaku ini.

Dimanakah penghujungnya cinta ini? Benarkah kau mencintai aku? Jika benar, tolong jgn tinggalkan aku. Tapi jika itu membuatkan kau bahagia, aku terpaksa relakannya. Demi kebahagiaan kau. Jika kau bahagia, aku turut bahagia. Walaupun hatiku terhiris pilu melihatnya. Kan aku simpan semua kenangan kita.

Jika aku sanggup menunggu kau, sanggupkah kau menunggu ku? Tapi aku sendiri tidak pasti aku sanggup atau tidak. Ini kerana hidup ini banyak dugaan. Macam2 boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Yang penting kita perlu berusaha untuk mencapai kebahagian ini.

Aku bukan nak kawal hidup kau. Aku bukan nak konkong kau. Tapi kerana aku terlalu sayangkan kau. Dan aku takut kehilangan kau. Jika diikutkan hati akan ku cantas bunga2 yg mengganggumu. Aku ingin kau manjadi milik aku seorang. Dan aku milikmu seorang. Walaupun aku tahu, tidak adil untuk aku melakukan begitu. Kerna aku masih belum sah menjadi milik mu dan kau juga belum sah lagi milikku.

Maafkan aku wahai sayang. Aku ingin sekali bersamamu selalu. Tapi keadaan kita memisahkan kita.
Dimanakah penghujungnya kisah kita ini?
Aku berharap dan terus berharap demi kehidupan yang belum pasti.

Jiwang laks cik diela ni. Jgn gelak ye. hehe

Sunday 6 March 2011

Contest JANGAN Pandang Kamera!!



Kali ini cik diela nak join contest ni pulaks. Dah bosan la katekan. hehe.
Contest ini dianjurkan oleh cik blogger ini, klik SINI utk terus ke link beliau.

Syarat-Syarat :

1. Jadi FOLLOWER blog BELIAU .

2. Buat entry dengan tajuk contest----> JANGAN pandang camera!!!

3. Pilih 1 GAMBAR sahaja. tak kisah la gambar sorang2 @ ramai2..gambar candid ke atau gmbr dari tepi@belakang ke...boley jer...yang penting JANGAN pandang camera okeyhhh!!! Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.

4.Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii...

5. TAG sekurang-kurangnya 3 orang blogger (lebih lagi digalakkan) dan pastikan mereka tahu.

6. Tinggalkan LINK entry penyertaan anda pada bahagian comment entry beliau.


Unik gak Contest ini, so cik diela pun join lah. Cik diela pertaruhkan gambar ini:




Ini gambar mase cik diela form 6 dulu. Mase ni budak2 kelas cik diela tengah tulis isi2 esei kat whiteboard. Candid ohh.


Ok lah Cik Diela nak tag:

-amalina
-opah
-shikeen
-pada rakan2 taulan yg membace ^^


Tarikh Tutup : 29/4/2011(jumaat)

Wednesday 2 March 2011

APELA NASIB ASYIK KALAH JER.

Semenjak kerja ni cik diela jarang online. Ni cik diela online pun sebab esok cuti. yeahhh~

Tapi semenjak kerja ni, bile main je pool live kat facebook tuh, asyik kalah je.. Wuwuwu. Agaknye, skill dah tak de kot. wuwu.



Sesiapa ada petua tak macam mana nak menang je?? huhu. Mule2 dulu terer la gak, tapi dah berkarat dah cue cik diela. wuwu. Sedih2~ sob3~

Aritu dah level 3 dah, tapi skang dah turun ke level 2 laks. ishh. Asyik2 kalah sebab termasuk bola hitam. Sob3~ :(

Cik diela suke oh main game ni, tapi bile dah asyik kalah ni rase macam geram je. Huhu.

Kepada sesiapa yang belum cuba game ni boleh la masuk ke link ni:

DIELA POOL LIVE

haha, siap ade name cik diela laks. :p

Nanti korang agak2 dah sedap main tuh, boleh la invite cik diela lawan dengan korang ye. Kite fight! haha. Before that kena la add FB cik diela dulu. Kalau tak camne nak invite, ye tak? huhu. Tapi kalau korang dah terer giler tak payah la. Nantik cik diela laks kalah je. wuwu.

Bile pulaks cik diela nak main pool betul2 ye? I mean in real life like this:



hehe

Tuesday 15 February 2011

Cashier di Mesra, PETRONAS??



Ada apa dengan Mesra, Petronas??

Nak tahu, sekarang ni salah seorang blogger yang kurang aktif seperti cik diela adalah salah seorang cashier di Petronas . Nak tahu sape?? Lain tak bukan (betol ke ayat ni?haha) dia ialah cik diela. Huhuhu. Ntah pape ntah. Saje je nak cerita kat korang. hehe. (kecoh lak ai budak ni :p)

Cik diela bekerja ni sebagai part time iaitu untuk mengisi masa lapang selain untuk mengumpul duit atau untuk mempunyai duit sendiri. Hoho~ Sementara menunggu result STPM keluar. Wuwuwu. Dengar cerita minggu depan keluar. Betol ke??! Uwaaaa~ Risau gile. Belum sebulan keje lagi pon, dah kena hadapi hari itu. Huhu.

Penat wo kerja!! Yela, kerja apa yang tak penat kan. Tapi dengan agak bangga cik diela telah pandai buat waffel tanpa hangus dan amat sedap! haha. (mule2 hangus, wuwu). Kesian costumer tu tunggu lame sgt sampai cancel order. Haha.


Antara kerja cik diela:
1. menjaga wang di mesin cashier,
2. mengira harga barang2 yang dibeli pelanggan,
3. men'set'kan pam minyak dari mesin,
4. membuat jagung,
5. membuat waffel,
6. mengambil pau utk pelanggan,
7. menyusun air ke dlm peti ais,
8. berdiri sentiasa dan duduk termenung kepenatan + kebosanan kadang kala.

HAHAHA~ Mesti bagi korang rase senang kan. Tapi bukan semudah yg korang sangka kan. hehe. Nak tercabut lah kaki ni. Al maklumlah, asyik terperuk jadi pekasam je kat umah sebelum nih. haha.

Dan esok cik diela cuti! yeahh. Agak2 kalau nak jumpe cik diela ni, carilah cik diela di kedai2 mesra yg ada. Kat mana?? Korang cari lah sampai jumpe. Haha. Kepada yang dah tahu tuh, diam2 sudah. haha.

Sebenarnya cik diela nak cari kerja lagi best mcm ..bla, bla, bla,..., tapi kerja ni pun dah memadai asalkan halal dan berfaedah. huhu.

1 lagi, dgn cara tak lansung cik diela byk bersedekah, iaitu melaui senyuman~ Walaupun tengah sakit perut. kih3. Kate kedai mesra kan. haha.

Mcm ni cik diela senyum. hehe





okla, cik diela dah nak pengsan dah taip post nih. huhu. Penat nih. Baru lepas mengurut kaki guna mesin urut. Sebab tak de sape nak urut cik diela. Wuwu. (ngade2 laks) :p

Happy berblogging kwn2 semua :)


Saturday 5 February 2011

Respond To Prev Post [ORG GILA]


Post ini merujuk pada post yang sebelum ini.


Ramai orang tak berapa setuju akan isu yg cik diela bincangkan sebelum ni. Memang org gila itu pon manusia gak, tapi sebagai orang yang normal kite perlu lah mengambil sikap berhati2 akan org gila ini. Ini kerana ada yang membahayakan, ada yang tidak. Kita tak tahu kan. Mane tahu tiba2 dia mengancam kita. So, lebih baik berwaspada awal2.

Sebab tu lah cik diela ckp takot dengan org gila. Jgn salah faham ye. Pada post sebelum ini, cik diela hanya meluahkan perasaan geram dan marah. Cik diela tak de pon nak masukkan diorang dlm penjara melainkan hospital sakit jiwa je. huhu.


Maaf ye :)

Monday 24 January 2011

ORANG GILA??


ORANG GILA!!!



Selalu nampak tak orang gila berkeliaran kat pekan2 or bandar2?
Contohnya:



Ishhh, cik diela takut betol bila nampak orang gila. Tapi kalau terpaksa berselisih or terserempak dgn orang gila, cik diela buat2 berani je. Huhu. Sebab kalau dia nampak kita takut, lagi diorang suka kacau kita nanti. Betol kn? So, cik diela pon berjalan lah dgn selamba. Tapi memang menyampah betul. Kenapa lah pihak berkuasa tak tangkap and hantar je kat rumah sakit jiwa sebab sesetengah mereka berbahaya pada masyarakat.
Ni cik diela nak kongsi sikit pengalaman cik diela pasal orang gila.

Ada la sekali ni, cik diela berjalan2 lah di pekan dgn mak selepas pulang dari sekolah. Tiba2 ade pakcik tua ini dengan selamba nya pegang peha cik diela. Wah3, melampau giler la. Terkejut cik diela. Padahal mak cik diela ade kat depan cik diela je. Lepas tu cik diela marah la orang giler tu. Cik diela ckp cmni, "Woi, Giler ke?" huhu. Dah sah2 orang tu gila
, cakap mcm 2 plaks.. Lepas tu dia pon berlalu dgn keadaan bersahaja je. Cisss! Benci sungguh.

Kalau lah cik diela ade kuasa, nak je cik diela humban org2 gila yg berkeliaran tak tentu pasal ni ke rumah sakit jiwa. Kalau nak lagi kejam, bagi masuk penjara. huhu.



BINGKISAN:



haha, ini gila moto~ Takot org curik lah tuh. hehe.



Sunday 23 January 2011

I LOVE MY CAT





Seperti title di atas. Yes! I'M A CAT LOVER! hehe.

Ini lah kucing cik diela sekarang ni. Yg sebelum2 ni dah arwah daa. Huhu. Kucing ini diberi name MR. ASH. Ewahh~ Best tak name dia? hehe. Lihat dan dengar dari nama pun kita dah tahu yang Mr. Ash ni adalah kucing jantan or boboy la.. hee.

Ini antara gambar yang di snap petang tadi bersama Mr. Ash. hehe.

*pic removed


*pic removed




See? Kuku siap terkeluar lagi. Geram kot dgn cik diela sebab kena paksa snap gambar. huhu
*pic removed




Ash! Ash! Ash! Pandang lah kamera! Adoyaiii~ Pandang tempat lain plak. Tak pe lah, kalau tak nak. Biar cik diela yang posing laks.
Hoho~

*pic removed




Saya lah owner kucing yang cute!! ( kucing yg cute ke owner dia? confuse2 ) haha
*pic removed




Pix ni time beberapa mggu lepas laks. huhu.
Ade ke patot kwn cik diela ckp muke cik diela pon da same cam kucing. ish3. huhu.

Bukti:
*pic removed




Diela, udah2 la tu diela. Berapa manyak mau letak gambar wo. Ntah ade org ntah tak. haha. Tak kesah la. Asalkan cik diela puas hati. haha.

Oklah, tata titi toto!! eh, toto? Sports toto ke? bukan2! haha. Ok2, Peace not war ^^



Monday 17 January 2011

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL




Kali ini cik diela nak join contest pic hitam putih paling cool pulaks. hehe. Mane tahu boleh menang laks kan. huhu

Anyway, syarat2 contest ni senang aje.

1.korang kena jadi follower blog INI
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog INI
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*

contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !

4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011


Cik diela pertaruhkan gambar ini untuk contest ni.

*Al-Fatihah buat sahabatku Arwah Ifwat dalam gambar diatas.


Kalau saya menang, saya nak beli aksesori kucing saya! hehe

Cik diela nak tag kat:

-amalina
-shikeen
-alyana
-opah
-pada rakan2 taulan yg membace ^^

Sunday 16 January 2011

AWET MUDE??

Awet mude?? ke awek mude? haha.



Ini bukan tips utk awet mude, ni kisah pasal cik diela. hee. ;)
Ramai orang ingat cik diela ni form 4..
Hello!! Cik diela tahun ni dah 20 TAHUN ok. But belum lah genap betul-betul 20 tahun, bulan 6 nanti baru lah genap. :)
Oh no!!! 20?? Dah tak de 'belas2' kasihan lagi. huhu. Nampaknye zaman remaja cik diela sudah berakhir, namun cik diela masih terasa awal remaja lagi. hoho~



Zaman persekolahan juga sudah tamat! THE END.. Walaupun cik diela agak lambat habis sekolah kerana mengambil STPM, namun zaman persekolahan amat menyeronokkan! (padahal, mase sekolah dulu tak sabar2 nak habis sekolah. haha)But now, dah tak boleh sambung2 dah. Dah terlebih umor!! haha.

Kepada yang ingat cik diela ni form 4 or sewaktu dgn nya, terima kasih kerana membuatkan cik diela berasa lebih mude dari umur cik diela sebenarnya. huhu.
Tapi pada yang ingat cik diela ni mcm adik2 korang padahal korang lagi mude dari cik diela, sorry k! Cik diela tak suke! ><

Nampaknya cik diela tibe2 dah ade azam baru! yo! Cik diela ingin kelihatan matang menjelang tahun 2011 ni. hoho~ Mampukah cik diela merealisasikan azam cik diela ni?? Just wait and see. hoho~

Thursday 13 January 2011

NAK COUPLE BOLEH??

Hello?? Ape nie citer pasal couple2 ni?? haha.
Actually, cik diela nak kongsi sedikit pendapat cik diela dgn korang semua.
Ape pendapat korang bila tetiba ada orang yang baru kenal dgn korang hantar mesej kat korang mcm ni??
Tadi lar ade someone nih, i call him stranger lah ye. Berchatting lah kat fb cik diela.

situasi: konon2 dah kenal lah semalam.

stranger:hai awak!
cik diela: ohh hai! (rajin lak balas. selalu tak kan balas kalau org tak kenal hantar hi je. bosan kot! haha)
stranger: awk, sy suke awk lah. Awk nak jd gf sy tak?
cik diela: haa?? kite kan baru kenal.
stranger: tak pe lah, nanti kita boleh kenal2 lagi.
cik diela: tapi saya tak suke awk. haha
stranger: nape awk ckp mcm tu?
cik diela sbb sy tak kenal awk lah. haha. lgpon sy dah ade.
stranger: kwn boleh kan?
cik diela kwn bole je. berkawan biar beribu, bercinta biar 1.


Lastly, cik diela tak balas IM dia. haha. Apela, nak berkawan pon, berpada2 lah. Cik diela memang tak suke org mcm ni. Nak couple senang2 je. Kalau dia berjaya la dgn cara ini, tak mustahil dia akan cari yang lain dgn mudah dgn cara ini gak. hoho. Emosi laks.
To him, jgn putus asa ye mencari gf lg di luar sana. haha.

P/S: Apakah pendapat korang? Adakah korang pon mcm ni? hoho, atau penah mengalaminya? Biasela kan ragam manusia. :)

Wednesday 12 January 2011

BOSANN!! KERING!! PENING!!


Lalalala~
Sebenarnya cik diela tgh tak de idea nak tulis entry ape kali ini. So sekali sekala, cik diela nak mengarut2 dalam entry ni. haha. Lagipon blog ni cik diela yg punya. haha. (dgn perasaan bangga)

FYI, cik diela sekarang ni adalah penganggur terhormat~ kikiki. Yela, cik diela sedang menunggu result STPM. Wo, takotnye~~~~ Sekarang ni cik diela duduk rumah je. Nak kate duk rumah membesarkan badan tak jugak. Sebab cik diela ni tak kuat makan taw. Kadang2 makan sehari sekali je. Sob3. haha. Bukannye ape, cik diela ni malas nak makan. Lain la kalau ade fav8 food cik diela,pasti cik diela makan banyak punya lah. Hohoho~

Bosan gak duduk rumah je, melakukan rutin hidup yang sama berulang kali.Berblogging lah salah satu cara cik diela mengisi masa lapang. Cewahhh~ Macam kumpul setem laks. Hohoho~

Kering laks sebab cik diela tak bekerja. So, poket pon kering lah. Takkan nak harapkan duit from parents je kan. So, cik diela menjalani kehidupan di rumah saja lah. Takde jalan2 and suka2 pon.

Pening sebab banyak tido, and tak tahu nak kerja ape. Kalau boleh nak cari kerja yang tak mengganggu masa cik diela menghantar ayah ke klinik. Pening2~

Kesimpulannya, Cewah!! Siap ada kesimpulan. Haha. Cik diela BOSAN, KERING dan PENING!! Hahaha.

Monday 10 January 2011

TIPS MENCUCI HATI..


Segala aspek kehidupan bermula daripada
hati. Oleh itu, cik diela nak berkongsi sedikit beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.



1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan, "Ya Allah, jadikan hatiku bersih".

2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat Taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati, ia juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah Surah Al-Ahad sebanyak 3 kali.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan anda.

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya... (perkara yang elok2 belaka)"

7) Program minda atau cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati, "Ya Allah, cuci otak aku, cuti hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif dan lain-lain."
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Sekiranya dalam berpuasa, hinda dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati. ( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa).

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah.

12) Belanja orang makan. ( Jgn la selalu. huhu. Kalau tak mampu, biarkan saja )

13) Jaga makanan. Jangan makan makanan yang subhat.

14) Berkawan dengan ulama. ( Kalau tak dapat pon,berkwn dgn orang yang berilmu )

15) Berkawan dengan orang miskin. ( Untuk tujuan meinsafi )

16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pancaindera. ( Mata, telinga, mulut, dll ) Contoh: Jangan dengar orang mengumpat.


Sumber: Buku catatan cik diela zaman sekolah dulu. hoho~

Sunday 9 January 2011

WANITA LEBIH BANYAK BECAKAP??

Kenapa perempuan lebih banyak bercakap??

Image result for talking woman clipart

Bukan semua perempuan banyak bercakap. Ada juga lelaki yg suka bercakap. Betol kan?

Perempuan dikatakan lebih banyak bercakap kerana....

Perempuan dikatakan mempunyai bahagian otak yang membolehkan mereka menerima dan memahami bahasa, lebih besar daripada kaum lelaki. Sebab itu perempuan dikatakan lebih cenderung mempunyai skill komunikasi yang lebih baik.




Sumber: Buku catatan cik diela masa muda2 dulu. hee ;D

Thursday 6 January 2011

ROMBONGAN CIK DIELA

Ni cik diela nak kongsi sedikit gambar2 mase cik diela pergi kelantan and terengganu. Tapi byk gmbar kat terengganu jew. huhu. Trip ni cik diela pergi tahun lepas.



*pic removed


Ketika dalam bas kesejukan selama berjam2 lamanya. Tak ingat berapa lama. Kesian cousin cik diela kat sebelah kena peluk. haha.



*pic removed



Sampai di Masjid Kristal, Terengganu.


*pic removed



Posing2, walaupun panasss~



*pic removed




Makcik2.. :p

*pic removed

Di Pasar Payang, Terengganu. hee.


*pic removed



Ketika malam di chalet Pantai Cahaya Bulan,Kelantan.[nampak tu ade cahaya tuh. haha]

*pic removed

Ini kura-kura beli keropok. haha. Mase balik singgah kat Losong, beli keropok lekor, terjumpa laks Encik Turtle nih. hee.


Sekian sahajalah rombongan bersama Cik Diela. Nantikan rombongan meminang pula. Ehh?? Bukan2. nantikan rombongan bersama Cik Diela pada mase akan datang. Hohoho~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)