Thursday 14 November 2013

How to Not Get Lonely When You're Shopping Alone

Hai kawan2 semua.. Dah lama cik diela tak post new entry.. Actually cik diela sedikit busy and belom mempunyai mood untuk taip entry.. hehe.. Rasanya dah tiba masanya cik diela mengemaskini kembali blog yang semakin berhabuk ni..

Korang semua suka pergi shopping tak? mesti suka kan? esspecially gegirls2 kat luar sana.. tapi boboys pon apa kurangnya jika minat.. tapi lagi best shopping bila poket penuh kan? hehehe.. Biasa la tu..




Korang suka shopping ramai2 ke, sensorang? Kalau cik diela, cik diela tak suke ramai2.. Max 3-4 person only.. kalau ramai jadi kalut.. Yela, mana tak nye, lain org lain citarasa mereka.. ada yang suke baju camni la,,camtu la.. haish, mcm2.. haha.. Lagi best pergi dua org.. tapi kdg2 kesian pulak kat kawan yang tak sama minat tu.. terpaksa layan kite yang banyak kerenah ni.. cik diela suka tanya pendapat kawan cik diela.... Kalau nak keluar pon mesti dengan kawan yang suka shopping gak..Kalau tak, memang syok sendiri jela kan.. hehe..




Tapi.... Semenjak dua menjak ni.. Cik diela rasa.. Best juga shopping sorang2 ni.. Takde pressure.. Sebab tak payah risau kawan kita tu menunggu kita lama2 atau risau takut dia bosan or menyampah dgn kite.. huhu..




Dengan ini, cik diela nak share tips:

BAGAIMANA NAK HILANGKAN BOSAN KETIKA MEMBELI BELAH SEORANG DIRI.. :)


STEP 1: 




Senaraikan apa yang hendak dibeli.
Catat apa yang kalian nak beli. Short and simple je. Bila dah jalan2 tu, tibe2 rasa macam tak tahu nak pergi mana, periksa kembali pada senarai apa yang hendak dibeli! :)



STEP 2:





Bawa kamera bersama kamu!
Bila dah bawa kamera tu, boleh la snap apa2 yang menarik semasa kamu keluar. Mana tahu ada special event kat mall yang kamu  pergi tu.. Boleh jeles kan member2 yang lain.. hehe.. Ikut suka hati korang la nak amik gambar apa pun, janji menarik bagi korang.. Lepas tu, boleh tengok kembali gambar2 yang sudah di snap td semasa anda bosan.. :)



STEP 3:




Bertegur sapa dengan orang sekeliling.
Jika kamu pergi shopping dengan menaiki kenderaan awam seperti bas, teksi atau LRT, kamu ringan2 kan lah mulut untuk bertegur sapa dgn orang yang duduk bersebelahan kamu. Tapi..tak perlu la nak mesra sgt.. hehe.. Cuma bertegur sapa bagi menghilangkan bosan.. Jangan lah over pulak.. nanti mereka rasa terganggu pulak kan.. So, berbuallah berpada2.. :) Tapi INGAT! Jika kamu rasa orang yang disebelah kamu tu mencurigakan, buat tak tahu jelah..dann..BERHATI-HATI.. 



STEP 4:




Cuba masuk ke kedai yang kamu tak pernah masuk.
Mana tahu kamu akan jumpa something yang menarik untuk dibeli..Asyik pergi ke kedai yang sama je, mana nak jumpa something yang baru dan fresh dan menarik.. hehe.. So, cuba2 lah survey barang yang hendak dibeli di kedai yang lain juga. :)


STEP 5:





Bawa lah bahan bacaan / snacks /  bersama kamu..

Bila kamu berhenti dimana-mana untuk berehat, kamu bolehlah membaca bahan bacaan yang dibawa bagi mengisi masa yang terluang.. Takpun..jika kamu bawa snacks ataupun apa2 makanan boleh lah makan masa duduk2 tu.. hehe..


STEP 6:






Tonton wayang!
Jika kamu mempunyai lebih masa dan kamu rasa letih atau bosan pulak shopping sorang2, pergilah menonton wayang cerita yang terbaru dan menarik bagi kamu.. Dapatlah mengisi masa yang ada tu.. Takde lah rasa bosan sangat kan.. kalau pergi tengok wayang dengan kawan pun, kamu tetap akan fokus seorang diri bila tengok wayang tu.. So, sama jela kalau kamu tengok sorang2 pon. hehe..


STEP 7:





Dengar MP3, MP4, Ipod dan sebagainya..
Jika kamu mendengar musik sambil bershopping, kamu lebih rasa bersemangat dan fokus kamu lebih tertumpu pada musik dan apa yang kamu nak beli.. Mcm kita ada di dunia kita sendiri.. hehe.. Takdelah terasa sangat sorang2 shopping.. Tapi INGAT.. Jangan hanyut dibawa lagu.. Huu.. Sila lah peka dgn keadaan sekeliling juga.. Mana tahu ada apa2 yang berlaku disekeliling kamu.. Kita kenalah berhati2.. 




AMARAN!!

1. Sentiasa lah berwaspada dengan orang sekeliling kamu. Jika keadaan mencurigakan, pergi ke tempat yang ramai orang. Jangan bersendirian di tempat sunyi.. Bahaya!!

2. Tinggalkan pesanan kepada rakan2 terdekat ataupun keluarga kemana kamu pergi.. Andai kata ada kecemasan, mudah bagi mereka mencari kamu.. 

3. Jangan lupa bawa handphone atau seangkatan dengannya supaya mudah berhubung dengan keluarga atau rakan jika ada kecemasan. 

4. Jika kamu sedang membaca atau mendengar lagu, janganlah kamu berbual dengan orang sebelah. Agak kurang sopan disitu.. 

dan banyak lagi yang perlu kamu berwaspada.. 


Selamat Ber-Shopping!! :) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)