Friday 21 September 2012

CEMBURU!!

Setiap manusia yang mempunyai sifat sayang pasti ada rasa cemburu.. Cemburu banyak jenis nya.. Antaranya,

  1. cemburu terhadap kejayaan orang lain..
  2. cemburu terhadap kekasih hati..
Cemburu yg pertama bagus jika digunakan di jalan yang benar.. Cewaahh.. I mean, if kita cemburu akan kejayaan orang lain, kita akan berusaha bersungguh2 untuk jadi lebih baik dari orang itu.. Jangan la kita menyimpan hasad dengki. Contohnya, memburuk2kan orang itu or menganiayai orang itu..

Cemburu yang kedua itu juga bagus jika kena pada tempatnya.. Ececehh.. Contohnya pasangan suami isteri.. Perlulah si suami cemburu akan isterinya jika isterinya keluar berdua-duaan bersama lelaki lain.. Hal ini kerana akan menimbul syak wasangka di kalangan orang lain. Dosa si isteri adalah ditanggung oleh suaminya. Oleh itu si suami perlulah mejaga isterinya, dan si isteri perlulah menjaga kehormatan dan maruah diri demi suaminya.. 

Wanita sering kali di kaitkan dengan cemburu.. Cemburu sedikit, sederhana, and cemburu giler la.. HAHA. Anda dalam kategori yang mana? Ok, mari kita selongkarkan ketiga2 tahap cemburu ini.. (ini semua adalah atas kajian cik diela sendiri ok, no cut and paste..hehe)

diela-ke-ai.blogspot.com



(macam dlm drama plak.. hehe)


Situasi seperti di atas sering berlaku dalam drama2 kan? eh, dalam realiti pon ada.. Ini dikira cemburu sedikit la, sebab dia perli baik punyaa... Kalau nak kira cemburu sederhana plak, mungkin si isteri akan memeriksa telefon bimbit sang suami.. huu.. (ayat tak boleh blah).. Kalau cemburu giler tahap gaban dia akan ikut lelaki tu.. Dia sendiri akan jadi spy.. Hoho... 

diela-ke-ai.blogspot.com



Haa, amik kau.. kikiki~

Tu kire ok lagi... Sebab terang2 lelaki tu yg buat salah.. Curang.. Ada pulak kes, pasangan kekasih. Si teman wanita tak bagi teman lelaki nya berkawan langsung dgn wanita lain. Bukan wanita sahaja, malah sesetengah lelaki jugak begitu.. Dia akan cek handphone kekasihnya.. Mana tahu kot2 ada mesej dgn perempuan lain.. Bila tak de langsung mesej dari perempuan pun marah. HAHA. Tak logik katanya.. Dulu cik diela pun begitu sedikit, tapi sekarang cik diela kena matang dalam menyelesaikan masalah. Cewaahhh..

Tapi kes serang menyerang ni yang tak sedap nya.. Selidik dulu betul2.. Betul ke perempuan or lelaki tu ada affair dgn kekasihnya ataupun hanya kawan sahaja.. Kalau nak bertegur, mengingat-ingati, its ok. Ini sampai ugut2 pun ada.. Haih.. Macam2 la.. 

Panjang lebar pula entry kali ini.. hehe.. Bukannya apa, sekadar hendak memberi pandangan.. Segala salah silap, cik diela mintak maaf yer.. Sekian... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)