Sunday 13 March 2011

Di Manakah Penghujungya?




Cinta jarak jauh banyak cabaran nya. Namun, jika kita tabah menghadapinya mungkin kita akan berjaya merealisasikan cinta ini. Cinta jenis ini perlukan banyak pengorbanan, kesabaran, dan kepercayaan. Tapi adakah aku sanggup untuk melalui nya.

Cakap memang senang. Nak melakukannya sukar. Tapi ada yg berkata, jika kita betul2 mencintai sesorang itu, kita akan sanggup buat ape sahaja untuk si dia. Kesetian menjadi kunci sebuah hubungan.

Adakah aku masih belum mengenal apakah cinta? Adakah aku benar2 mencintainya? Aku keliru. Orang kata, perjalanan masih jauh lagi. Tapi kita tak tahu bila ajal kita. Kita bukan hidup untuk selamanya. Bumi pun semakin tua dan tua. Aku khuatir akan masa depan hidup dan cintaku ini.

Dimanakah penghujungnya cinta ini? Benarkah kau mencintai aku? Jika benar, tolong jgn tinggalkan aku. Tapi jika itu membuatkan kau bahagia, aku terpaksa relakannya. Demi kebahagiaan kau. Jika kau bahagia, aku turut bahagia. Walaupun hatiku terhiris pilu melihatnya. Kan aku simpan semua kenangan kita.

Jika aku sanggup menunggu kau, sanggupkah kau menunggu ku? Tapi aku sendiri tidak pasti aku sanggup atau tidak. Ini kerana hidup ini banyak dugaan. Macam2 boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Yang penting kita perlu berusaha untuk mencapai kebahagian ini.

Aku bukan nak kawal hidup kau. Aku bukan nak konkong kau. Tapi kerana aku terlalu sayangkan kau. Dan aku takut kehilangan kau. Jika diikutkan hati akan ku cantas bunga2 yg mengganggumu. Aku ingin kau manjadi milik aku seorang. Dan aku milikmu seorang. Walaupun aku tahu, tidak adil untuk aku melakukan begitu. Kerna aku masih belum sah menjadi milik mu dan kau juga belum sah lagi milikku.

Maafkan aku wahai sayang. Aku ingin sekali bersamamu selalu. Tapi keadaan kita memisahkan kita.
Dimanakah penghujungnya kisah kita ini?
Aku berharap dan terus berharap demi kehidupan yang belum pasti.

Jiwang laks cik diela ni. Jgn gelak ye. hehe

4 comments:

Opah Kentang said...

yakinlah cinta itu ade!! :)

Cik Diela said...

huhu, yelaaa

Optimus Prime said...

jadi single je senang,tak payah cik diela pening2 fikir pasal cinta ni

Cik Diela said...

ermm, ye la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)