Monday, 17 October 2011

Lalat adalah MUSUH ku!

Dah masuk 2 bulan cik diela tak post entry. Maaf la, sejak akhir2 ni cik diela tak bersemangat nak menaip. Entry raya pon takde buat. Tak pelah, biarlah. Takde siapa nak baca blog cik diela ni. (hampa)

Kali ni cik diela nak bercerita pasal LALAT or Flies (terbang :p). Di tempat cik diela kerja banyak lalat. Pelikk.. Tempat cik diela kerja bukannye kedai makan padahal stesen minyak kot. Dalam aircond pon ade lalat. Ishh. (dia pon nak sejuk kot). Orang keluar masuk kedai, lalat pon sibuk keluar masuk gak. Mencikkk!!


(lalat main piano. cehh)



Selalu ade kat kaunter lak tuh. Tak selesa dibuatnye. Pada suatu hari, ade sorang insan bergelar lelaki membayar minuman yg dibeli pada cik diela. Lalat bertebangan di depan mata. Lalu si dia bertanya, "tak mandi eh?" Grrr.. @^&*&^%*&@!! :@
Cik diela buat muke marah. Terus berlari mamat hensem tuh. (dongeng je :p). Dia pon gelak2. Ciss! Jatuh maruah cik diela gara2 lalat2 tersebut.

Ntah mane datang nye lalat2 tu. Kadang2 banyak, kadang2 sikit. Dah macam pasar dibuatnye. Sabor jelaa...

[Kena letak lampu lalat yg ade letrik tu satu mcm kat kdai makan] :l


Saturday, 20 August 2011

Bila Bosan, Snap Pucca, eh, Picture. :p

Pada entry yang lepas cik diela ade cerita kan yg bulan puasa ni pelanggan agak kurang kan. Maka kebosanan akan melanda. Apabila kebosanan melanda, ini lah jadinya:

*pic removed huhu


Bosan laa. Cik diela pon pergi la keluar jalan2 (pergi toilet je kot), huhu. Tgk line clear, ha, cik diela pon snap la gmbar. hoho.

Haih, ramai sungguh kaum lelaki yg berbangsa melayu yg tak berpuasa cik diela perhatikan. Pagi2 dah beli air livita, redbull, roti dan sebagainya. Cik diela tak tuduh semua la, kemungkinan dia beli kan utk org lain. Tapi ade yg terang2 memang mkanan tu utk dia. Ish3.

Macam ta sangka je lg beberapa hari je nak raya. Sebenarnya cik diela risau pelanggan mesti ramai dah nak raya nanti. Takot tak menang tangan nanti. Tapi komisyen tinggi lah kot. Cuti raya pon dapat 2 hari je kot. Ish3. Nasib baik keje 8jam je. Petang tu ade mase lagi mau raya, huhu.

Sekian, Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya Aidilfitri :D

Monday, 8 August 2011

Ragam Di Bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa :D

Entry 1st dlm bulan ramadhan tahun ini. Hoho~

Selamat berpuasa you all semua yo. Bila masuk je bulan puasa, mula lah semangat nak mengecat bagai. hoho. Tapi bila nak pergi kerja rase kurang bersemangat je. Ini disebabkan kebosanan yg melanda ketika bekerja ekoran 'ketidakramaian' org yg datang ke petronas. Hoho.

Antara sebab2 kurangnya pelanggan mungkin kerana:

:: malas nak berjalan di bulan puasa nak save duit minyak utk raya nanti. hoho ::

:: terlalu penat untuk berjalan2. ::

:: puasa lah ta kan na beli makanan or minuman kat kedai mesra pagi2 kot ::

:: ramainya pelanggan Muslim yg hadir sebelum ini, dan hanya segelintir shj dan pelanggan yg bukan Islam shj yg ada ::

:: tak de cuti ::

Demikian lah andaian cik diela terhadap isu kekurangan pelanggan di bulan puasa ini. Huhu.

Tapi masih ada juga pelanggan Muslim, Lelaki, Melayu membeli air dan roti di pagi dan tengah hari. Mungkin utk bini dia kot. Tak pon utk berbuka nanti, takot tak sempat nak beli. huk2. Beli 1 barang pon nak plastik? Ish3. (Kurangkan penggunaan plastik, selamatkan bumi kita, cewahh)

Ada juga yg berterus terang, "Sorry ye kak. Pagi tadi tak sempat nak sahur. Nak jalan jauh ni.." kata seorang lelaki yg membeli air 7up yg menunggang motosikal bersama rakannya. Ish3.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow me :)